Selamat Datang ke blog Pusat Akses SK Bachang

PENCAPAIAN SEKOLAH

PENCAPAIAN TAHUN 2010
KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2010 4-7 MAC 2010
Adik Qurratu Aini mendapat saguhati di dalam Pertandingan Menulis Khat Peringkat Sekolah Rendah.Pelajar ini telah diberi sijil dan hadiah saguhati.
Selain itu,adik Herza Farina pula telah mendapat tempat ke5 di dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Sekolah Rendah.Pelajar ini telah menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati dan berjaya membawa pulang hadiah serta trofi.

PENCAPAIAN TAHUN 2009
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG SKBACHANG
Pada tahun 2009, sekolah ini telah dicalonkan untuk kategori Sekolah Cemerlang peringkat Negeri Melaka.
Berikut ialah slot persembahan powerpoint yang telah dipersembahkan di hadapan barisan panel penilai.




AKADEMIK
PRESTASI UPSR SK BACHANG
Berikut ialah keputusan peperiksaan prestasi UPSR  bagi tahun 2003-2009 mengikut subjek. 
Sila klik pada pautan di bawah ;
PRESTASI PEPERIKSAAN UPSR SK BACHANG 2003-2009


SENARAI PELAJAR CEMERLANG 2009


CEMERLANG 5A
1. KHAIRUL MUNIR MOHAMAD
2. ADLINA SHAFIQAH ADHA
3. AINA NADHIRAH MAIDIN
4. HARISSA AMANI ABD RAZAK
5. NUR SYAFIQAH AMRAN
6. NUR SYAFIQAH MAJID
7. MURNI ZULAIKHA MD ABDUR RAFIQUE
8. NUR SYAKIRAH ABDUL HALIM
9. NURUL FARHANA IMRAN
10.NURUL SYAZWANI ROHAIZAD
11.SITI NUR HASANAH SANIMU

CEMERLANG 4A1B
1. AHMAD FARIS ABD RASHID
2. KHAIRUL JUHARI
3. MOHD KHUSHAIRI ABD RAHIM
4. MUHAMMAD SYAFIQ SAID
5. ATIRA AZMI
6. AZREEN SOFIA ABDULLAH
7. NUR AMIRAH NADIAH ROSLAN
8. NUR SYAFIQAH NAGIB
9. NUR HALIZA AHMAD

 TOKOH MURID 2009

KUIZ PENGETAHUAN AM SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA
Sekolah Kebangsaan Bachang telah dinobatkan  sebagai juara Pertandingan Kuiz Pengetahuan  dalam pertandingan akhir sekolah peringkat negeri Melaka yang diadakan di Dewan Bestari Pejabat Pelajaran Melaka pada 22 Oktober 2009.

Kejayaan itu melayakkan SK Bachang membawa pulang hadiah tunai RM 300 beserta sijil manakala tempat kedua dimenangi oleh SK Datuk Palembang dan tempat ketiga jatuh kepada SK Datuk Demang Husin.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Melaka iaitu Tn Hj Isa Abu.Terdahulu dalam ucapannya Isa menasihatkan pelajar supaya sentiasa rajin membaca buku bagi menambah ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung akan menjadi nilai tambah bagi pelaburan masa depan.
Pertandingan in adalah anjuran Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Melaka (Pustakam).

Editor mengucapkan tahniah kepada Pn Norita Yusof selaku guru penyelaras media, Adik Khairul Munir, Adik Norasyikin, Adik Ina Nazatul dan Adik Nur Shahirah serta semua guru yang telah membimbing peserta-peserta ini secara langsung dan tidak langsung.
Tahniah sekali lagi!

Sila lawati GALERI MULTIMEDIA SEKOLAH utk menonton video KUIZ ini.