Selamat Datang ke blog Pusat Akses SK Bachang

PENGENALAN PUSAT AKSES

PREAMBLE
Pusat Akses telah ditubuhkan pada April 2006 di Parlimen Kalabakan iaitu 48 buah sekolah dan di Tawau 3 buah sekolah.
September 2006- Parlimen Sembrong, 33 sekolah
Oktober 2006 (Fasa 1)- Pelaksanaan untuk 500 sekolah seluruh negara.
Disember 2006 (Fasa 2)- Pelaksanaan untuk 1000 sekolah seluruh negara.


PENGENALAN
Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui program pembestarian sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat akses sekolah mengamalkan konsep  ala "Cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran.Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses p&p. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Pusat Akses sekolah memenuhi gaya pembelajaranyang pelbagai.

VISI
Melahirkan insan yang berkemahiran ICT serta meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu.

MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis, terbaik dan berkesan untuk melahirkan insan mempunyai daya ketahanan tinggi serta berwawasan  bagi memenuhi aspirasi
dan kehendak individu, masyarakat, agama dan bangsa.

MATLAMAT
  • membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer dengan murid
OBJEKTIF
  • meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai
  • membolehkan murid melaksana pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran 

STRATEGI  BAGI GURU
  • Berbincang dengan pihak pentadbir dan jawatankuasa perkembangan profesionalisme staf
  • membimbing dan membantu pihak sekolah  menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Professional Staf sekolah
  • Memastikan semua guru/pentadbir/ yang telah menghadiri kursus KPM/badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing
  • Menyediakan latihan ICT untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam P&P

STRATEGI BAGI MURID
  • Menjalankan Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid
  • Murid menggunakan ICT seperti MS Word, Powerpoint, CD KPM, CDTVP, internet dalam tugasan
  • Murid menguasai kemahiran literasi maklumat berasas kemahiran ICT di dalam setiap aspek pembelajaran.
  • Murid dapat membuat tugasan secara online menggunakan CD