Selamat Datang ke blog Pusat Akses SK Bachang

SEKAPUR SIREH





MySpace Picture Frames
 
Assalamualaikum wrbtkth dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini, saya bagi pihak barisan pendidik, , kakitangan, PIBG  serta warga sekolah amnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog Pusat Akses  sekolah ini. Untuk rekod, laman blog Pusat Akses ini merupakan  blog rasmi kedua sekolah.

Seiring dengan kemajuan ICT dan dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, saya menyeru agar semua warga sekolah  dapat mempertautkan silaturahim dengan semua pihak menerusi laman blog ini. 

Harapan saya, agar warga SKB akan dapat mengasimilasikan budaya ICT seiring dengan arus globalisasi kini. Pusat Akses boleh dianggap pemangkin pembudayaan ICT di sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan Pusat Akses sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar bagi tujuan pembelajaran.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan blog ini.

Wassalam.

"BERILMU, BERIMAN. BERAMAL"



Salam hormat,

Pn Hjh Che Aishah bt Yaacob
Guru Besar SK Bachang