Selamat Datang ke blog Pusat Akses SK Bachang

PERATURAN PUSAT AKSES

PERATURAN PUSAT AKSES
  • Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses sekolah
  • Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas
  • Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah
  • Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer
  • Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer
  • Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer
  • Merekodkan penggunaan komputer dalam buku log yang disediakan sebelum dan selepas menggunakan komputer

ASPEK KESELAMATAN
  • Pengguna Pusat Akses Sekolah mestilah mematuhi peraturan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
  • Keselamatan mengakses internet -mesti mematuhi pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 1 tahun 2003-UPTM 159/526/9 Jld.3(9)- Garis Panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan. 
  • Keselamatan penyimpanan bahan-pengguna tidak dibenarkan menyimpan bahan di cakera keras komputer di pusat akses sekolah
  • Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer
  • Memastikan peraturan dalam pusat akses sekolah yang disediakan dipatuhi